info korporat

Tentang kami

Pembentukan Federasi ini adalah seiring dengan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) dalam membentuk persekitaran perniagaan yang mampan dan lestari dengan menggunakan pendigitalan seiring dengan trend teknologi terkini bagi gerakan Koperasi di Malaysia.

Adalah harapan kami agar Koperasi-koperasi di sektor ini menganggotai Federasi Koperasi PPDK dan dapat bersama-sama dalam memperkasakan gerakan Koperasi kerana ini adalah waktu yang tepat untuk Gerakan Koperasi Bersatu dalam memastikan kelestrarian operasi perniagaan Koperasi di Malaysia terus kekal bersaing dan berkembang serta relevan dari masa ke semasa.