JOM DAFTAR JADI ANGGOTA FEDCOOP
ARAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2022
Surat arahan ini telah dikeluarkan pada 4 Julai 2022. Tujuan surat arahan ini dikeluarkan adalah sebagai pemberitahuan agar koperasi-koperasi asas akan menjadi anggota mana-mana Federasi mengikut sektor-sektor.
KENAPA MENJADI ANGGOTA FEDCOOP
Koperasi Menengah
Federasi Koperasi telah didaftarkan sebagai koperasi menengah di mana anggotanya terdiri daripada koperasi-koperasi asas.
3 Sektor
FEDCOOP akan mengutamakan perniagaan dalam sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan.
Kerjasama
Kerjasama antara FEDCOOP dan anggota terdiri daripada koperasi asas dapat meningkatkan semangat untuk menjayakan perniagaan terutama dalam 3 sektor FEDCOOP ke arah pendigitalan.
Pendapatan
FEDCOOP dan anggota akan menikmati pendapatan dengan hasil usahasama yang dijalankan.
SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI ANGGOTA FEDCOOP
Koperasi hendaklah telah beroperasi minima 3 tahun. Sekiranya kurang dari 3 tahun, pihak FEDCOOP akan mengadakan mesyuarat khas bagi mengesahkan pendaftaran koperasi tersebut berjaya atau tidak.
Bagi yang berminat untuk menjadi anggota FEDCOOP, sesuatu koperasi asas tersebut hendaklah menjalankan mana-mana antar sektor seperti berikut :
a. Sektor Pelancongan
b. Sektor Penjagaan Diri
c. Sektor Kesihatan
a. Sijil Pendaftaran SKM
b. Cabutan Minit Mesyuarat mengesahkan koperasi asas tersebut bersetuju untuk menyertai FEDCOOP
a. Pembayaran Fi : RM1,000.00
b. Pembayaran Saham : RM1,000.00 (minima)
c. Sekiranya koperasi asas tersebut pernah menjadi anggota FEDCOOP dan ingin menjadi anggota semula, pembayaran fi adalah RM2,000.00
a. Koperasi asas akan hantar kepada FEDCOOP pendaftaran (dokumen-dokumen dinyatakan) serta bukti pembayaran.
b. FEDCOOP akan mengadakan mesyuarat khas bagi mengesahkan pendaftaran diterima atau tidak.
c. Bagi yang BERJAYA, nama wakil akan dimasukkan ke dalam “Group Whatsapp”.
d. Bagi yang TIDAK BERJAYA, akan dimaklumkan terus kepada wakil yang didaftarkan.
