profil federasi
Penubuhan Federasi
Pembentukan Federasi ini adalah di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang seiring dengan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia(TransKoM).
Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 dijangka mampu memperkasakan Gerakan Koperasi di Malaysia sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi negara yang seimbang, inklusif, progresif dan mampan.
Transformasi Koperasi Malaysia (TransKom)
Lima (5) bidang tujahan telah dibangunkan di bawah TransKoM untuk mengatasi 10 cabaran utama yang telah dikenalpasti dan seterusnya memastikan anjakan transformasi dapat dicapai.
- Meletakkan koperasi di landasan yang betul sebagai pemangkin kepada pertumbuhan
sosioekonomi negara yang seimbang, inklusif dan mampan. - Sistem perundangan dan struktur governan perlulah menepati dan seiring dengan keperluan
perkembangan semasa bagi kelancaran dan pembentukan institusi koperasi yang unggul. - Modal insan berpengetahuan, berinovasi, berintegriti dan berdaya maju merupakan
komponen utama dalam memacu kecemerlangan Gerakan Koperasi Malaysia. - Ekosistem yang holistik dan kondusif adalah kritikal bagi menyokong pertumbuhanmampan koperasi.
- Proses transformasi hendaklah bermula daripada Badan Induk Koperasi itu sendiri sebagai perintis dan peneraju perubahan.
6 FEDERASI DIWUJUDKAN
FEDERASI KOPERASI PELANCONGAN, PENJAGAAN DIRI DAN KESIHATAN MALAYSIA BERHAD
(FEDCOOP)
FEDERASI KOPERASI PERKHIDMATAN KEWANGAN
MALAYSIA BERHAD
(FEDKEW)
FEDERASI KOPERASI PEMBORONGAN DAN PERUNCITAN MALAYSIA BERHAD
FEDERASI KOPERASI HARTANAH DAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA BERHAD
(KHIPM)
FEDERASI KOPERASI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA BERHAD
FEDERASI KOPERASI PERLADANGAN BERHAD
FEDERASI KOPERASI PELANCONGAN, PENJAGAAN DIRI DAN KESIHATAN MALAYSIA BERHAD (FEDCOOP)
Ditubuhkan pada 1 April 2021. dan No. Pendaftaran : 202171601123.
Sektor yang diusahakan adalah Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan.
3 sektor utama FEDCOOP telah dijenamakan
SEKTOR PELANCONGAN
SEKTOR PENJAGAAN DIRI
